Bak kata peribahasa, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Ia membawa maksud supaya seseorang itu bersikap berhati-hati dan adil ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah.
Bak kata peribahasa, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Ia membawa maksud supaya seseorang itu bersikap berhati-hati dan adil ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah.
Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) di Parlimen pada 4 November, yang menyaksikan perbahasan bagi pindaan itu berlangsung lebih lima jam.
Pindaan ini memberi kuasa kepada agensi pemerintah untuk menyiasat syarikat bertanggungjawab atas kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu, mengasaskan aspek kebertanggungjawaban dan memberi kesan bermakna terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Udara Indonesia (TNI AU) telah menjalankan rondaan udara bersama menggunakan pesawat pejuang buat julung-julung kalinya, sekali gus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 4 November, rondaan udara yang berlangsung dari 3 hingga 4 November 2026 itu merupakan sebahagian daripada operasi sulung Patkor Indopura, dengan penyertaan dua...
Pelantikan Pejabat Peguam Negara (AGC) atau mana-mana agensi pemerintah untuk menjalankan kerja rentas sempadan boleh menimbulkan bantahan daripada negara asing atas alasan kedaulatan negara, kata Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam.
Justeru, pemerintah telah melantik sebuah firma guaman bagi menyelaraskan kerja panel pakar bagi memastikan mereka dapat menjalankan pertanyaan dan siasatan yang diperlukan dengan sewajarnya merentasi pelbagai bidang kuasa.
Hubungan luar Singapura tidak seharusnya dilihat melalui lensa kaum dan agama, kata Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, yang mendakwa Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Fadli Fawzi, menyampaikan dua mesej berlainan berhubung pertemuan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dengan sebuah delegasi Israel baru-baru ini.
Di Parlimen pada 4 November, Encik Shanmugam berkata Encik Fadli sedang menyampaikan dua mesej berlainan...
Pemain ski ‘Alpine’ pertama Singapura, Faiz Basha, berjaya meraih tempat pertama dalam acara slalom lelaki di satu perlumbaan antarabangsa di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), pada 3 November.
Pencapaian tersebut sekali gus mencatat apa yang disifatkan sebagai pencapaian podium pertama Singapura dalam sukan salji di peringkat antarabangsa.





