JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, mengadakan mesyuarat Kabinet pertamanya di ibu negara baru, Nusantara, pada 12 Ogos, sedang beliau berusaha meyakinkan pelabur projek mega bernilai AS$32 bilion ($42.38 bilion) itu berada di landasan betul, sebelum beliau berundur pada Oktober.
Bertahun-tahun selepas mengumumkan projek infrastruktur utamanya itu bagi meringankan beban kesesakan, banjir dan kepadatan penduduk di Jakarta, Ibu Kota...





