Gah dan meriah sungguh sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-59 pada 9 Ogos lalu. Pada sambutan itu terpapar bukan sahaja kegembiraan meraikan kemerdekaan ibu pertiwi, iaitu tanah tempat kelahiran, bahkan rasa bangga dan semangat kuat menjadi rakyat negara merdeka dan berdaulat ini.
Memang patut dan wajar sambutan sedemikian, oleh segenap rakyat dan dengan penuh semangat. Ini kerana kemerdekaan, iaitu bebas...





