Malaysia memulakan satu lagi misi membantu rakyat Palestin yang berdepan serangan Israel, dengan menerbangkan dua pesawat pengangkut, A400M, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir.
Misi bantuan menerusi pesawat berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan hasrat membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan, pada Himpunan Solidariti Palestin pada...





