Para atlet yang mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik yang baru melabuhkan tirainya dan Sukan Paralimpik akan datang di Paris, Perancis telah diberikan penghargaan atas pencapaian dan usaha mereka dalam mengharumkan nama negara.
Ketika menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada 18 Ogos, Perdana Menteri Encik Lawrence Wong, meminta mereka berdiri dari tempat duduk masing-masing...





