PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket menyeludup warga asing melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa, yang dipercayai turut didalangi beberapa individu sebuah agensi penguat kuasa.
Sindiket berkenaan dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa agensi yang bertugas di pintu masuk negara, dengan menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi...





