Satu projek untuk memetakan genom – atau set lengkap gen – rakyat Singapura bagi menangani soal kesihatan dan penyakit dengan tepat hampir mencapai sasaran mendapatkan 100,000 peserta, dengan hampir 90,000 individu telah berdaftar di bawah fasa kedua Program Perubatan Jitu Kebangsaan.
Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, semasa berucap di Persidangan Precise-IHCC...





