Program ‘Bersamamu’ telah memainkan peranan penting dalam membantu membina perkahwinan dan keluarga kukuh di Singapura, dengan hampir 30,000 pasangan meraih manfaat daripadanya sejak ia dimulakan lima tahun lalu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau berkata kadi dan naib kadi bukan menjadi sumber sokongan kepada pasangan Islam yang bakal atau baru berkahwin sahaja, malah...





