KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan daripada 20 rumah amal dikendalikan sebuah kumpulan perniagaan bermotifkan agama mendakwa mereka dieksploitasi, diajar dan dipaksa melakukan liwat.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata itu antara modus operandi dikesan polis selepas pasukannya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun daripada 18 rumah amal didakwa...





