Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam, mengakhiri lawatan rasmi lima hari beliau ke Singapura sempena Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei ke-10, pada 14 September.
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 14 September, kunjungan Putera Al-Muhtadee Billah menandakan satu peristiwa penting bagi YLP.





