PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menutup sekolah agama yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB), yang menjadi tumpuan kontroversi selepas premis yang dikaitkan dengannya diserbu polis pada 11 September.
Pengerusi Mais, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata arahan menutup sekolah itu juga berdasarkan video tular yang mengaitkan syarikat itu dengan kumpulan terpesong Al-Arqam...





