WEST PALM BEACH (Florida): Mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menyalahkan pesaingnya Cik Kamala Harris dan Presiden Joe Biden selepas beliau menjadi sasaran dalam percubaan kali kedua membunuhnya, dengan berkata “retorik” mereka mengenainya yang membahayakan demokrasi seharusnya dipersalahkan.
Tindakan cepat calon presiden Republikan itu mempolitikkan kejadian pada 15 September yang menyaksikan seorang lelaki didakwa merancang untuk melepaskan tembakan...





