KUANTAN (Pahang): Seorang lelaki warga emas maut, manakala cucunya cedera dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di kawasan perkhemahan Pantai Balok, dekat Beserah di sini pada petang 17 September.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli ribut dengan mangsa, Che Zakariah Che Ali, 68 tahun, dari Felda Cerul 2 di Kemaman, Terengganu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.





