Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas maut dihempap pokok ketika berkhemah di Pahang

Sep 18, 2024 | 2:03 PM
Seorang lelaki warga emas maut, manakala cucunya cedera dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di kawasan perkhemahan Pantai Balok, dekat Beserah, Pahang.
Seorang lelaki warga emas maut, manakala cucunya cedera dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di kawasan perkhemahan Pantai Balok, dekat Beserah, Pahang. - Foto BH ONLINE

KUANTAN (Pahang): Seorang lelaki warga emas maut, manakala cucunya cedera dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di kawasan perkhemahan Pantai Balok, dekat Beserah di sini pada petang 17 September.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli ribut dengan mangsa, Che Zakariah Che Ali, 68 tahun, dari Felda Cerul 2 di Kemaman, Terengganu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Penolong Pesuruhjaya Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata cucu mangsa, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq yang berusia tujuh tahun, cedera pada kepala.

Kanak-kanak itu, katanya kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keadaannya stabil.

“Mangsa bersama 13 ahli keluarga menyertai aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan itu bermula pada 16 September.

“Kira-kira 3.10 petang tadi, hujan dan angin kencang melanda kawasan perkhemahan dan mangsa ketika itu sedang duduk di atas kerusi di depan khemahnya.

“Tiba-tiba menantunya yang berada dalam khemah bersama isteri dan dua anaknya terdengar bunyi pokok tumbang dan semasa menyelamatkan diri mangsa dilihat sudah dihempap pokok dan mereka cuba alihkannya,” katanya melalui kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk dibedah siasat.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas kenderaan dipandu dihempap pokok tumbang di Batu 16 Jalan Kuala Lumpur-Rawang berhampiran susur ke Lebuhraya Latar dekat Kuala Lumpur pada 17 September.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Waslu, berkata polis menerima laporan kejadian pada 1.20 tengah hari.

Menurutnya, mangsa membabitkan lelaki berusia 38 tahun yang memandu Nissan Xtrail.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg