GEORGETOWN (Pulau Pinang): Seorang bapa dan anaknya warga China yang melancong ke Pulau Pinang, maut selepas kereta yang diletakkan di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan, Georgetown, dihempap pokok tumbang dan bongkah runtuhan bangunan.
Mangsa lelaki berusia 50-an tahun dan wanita berusia 30-an tahun hanya dapat dikeluarkan pada 5.15 petang, pada 18 September, iaitu selepas kira-kira tiga jam insiden itu dilaporkan...





