Padang bola itu sudah lama lengang. Selalunya, kalau dah nak masuk senja, ramai yang dah pulang. Wak, Alep, Borhan dan Rudi sedang duduk di bangku-bangku simen di kolong blok yang terletak bersebelahan dengan padang itu. But bola yang berlumpur berselerak di sebelah mereka. Sambil mengimbas kembali kehebatan dan ketangkasan masing-masing menggelecek bola dan mengilas pihak lawan tadi, mereka meneguk air...





