Kegiatan pelaburan hartanah di Singapura meningkat pada suku ketiga 2024 dek jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat yang pertama dalam empat tahun, menurut laporan Knight Frank Singapore yang dikeluarkan pada 8 Oktober.
Angka yang dikumpulkan oleh firma perunding hartanah itu menunjukkan jualan pelaburan hartanah berjumlah $8.3 bilion pada suku ketiga 2024, meningkat 24.8 peratus daripada $6.7 bilion pada suku sebelumnya...





