Gerakan M Kuasa Tiga (M³) diusahakan untuk menangani masalah yang dihadapi dalam masyarakat Melayu/Islam secara terbuka dan memastikan sumber diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah tersebut, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Encik Masagos berkata kepimpinan politik melibatkan usaha dan keberanian untuk “menghadapi masalah penting, mendapatkan sumber dan menyelesaikan masalah”, dan bukannya untuk melakukan sesuatu hanya...





