Pemerintah akan memperuntuk dana tambahan $140 juta untuk mempertingkat dan memperluas lebih 100 pusat penuaan aktif (AAC) di sini dari 2025 hingga 2027.
Suntikan dana tambahan yang diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada 12 Oktober itu adalah di samping dana sebanyak $800 juta yang diumumkan pemerintah sebelum ini untuk membiayai pelbagai program dan perkhidmatan AAC bagi warga emas...





