Warga Singapura boleh menjangkakan had tuntutan lebih tinggi bagi bayaran masuk hospital, pembedahan hari dan pesakit luar bagi skim MediShield Hayat dan MediSave secara berperingkat mulai April 2025, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Had tuntutan harian MediShield Hayat bagi dua hari pertama rawatan di wad biasa akan dinaikkan daripada $1,000 kepada $1,630. Had tuntutan harian untuk rawatan wad...





