SERDANG: Lapan orang cedera selepas sebutir bom tangan dilempar ke sebuah pub di sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor, pada awal pagi Selasa (28 Jun), tetapi polis berkata kejadian itu bukan satu tindakan pengganasan.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 pagi di IOI Boulevard sedang pengunjung pub menonton perlawanan bola sepak...





