ISTANBUL: Tiga pengebom melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri sendiri di pintu masuk ke lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul pada Selasa (28 Jun), membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh-puluh, kata gabenor wilayah itu.
Perdana Menteri Turkey, Encik Binali Yildirim, berkata serangan itu kelihatan dilakukan oleh kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).





