SEKOLAH Perempuan Tanjong Katong (TKGS) menyambut ulang tahunnya yang ke-65 dengan satu jamuan malam di Hotel Fullerton semalam (28 Julai).
Acara tersebut dihadiri bekas pelajarnya termasuk Presiden Halimah Yacob yang hadir selaku tetamu terhormat serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Singapura, Cik Tan Ching Yee.





