Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TKGS sambut ulang tahun ke-65

Jul 29, 2018 | 5:40 PM
ULANG TAHUN KE-65 TKGS: Presiden Halimah Yacob disambut pelajar TKGS dan pengetuanya, Cik Mary Seah, di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-65 sekolah itu di Hotel Fullerton.
ULANG TAHUN KE-65 TKGS: Presiden Halimah Yacob disambut pelajar TKGS dan pengetuanya, Cik Mary Seah, di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-65 sekolah itu di Hotel Fullerton. - Foto TKGS

SEKOLAH Perempuan Tanjong Katong (TKGS) menyambut ulang tahunnya yang ke-65 dengan satu jamuan malam di Hotel Fullerton semalam (28 Julai).

Acara tersebut dihadiri bekas pelajarnya termasuk Presiden Halimah Yacob yang hadir selaku tetamu terhormat serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Singapura, Cik Tan Ching Yee.

Hampir 400 orang hadir di acara itu termasuk bekas pelajar, ibu bapa, kakitangan sekolah dan rakan kerja TKGS.

Berucap di majlis tersebut, Puan Halimah menyentuh tentang cabaran sosial yang dihadapi hari ini.

Selain usaha pemerintah membantu golongan kurang bernasib baik di Singapura, beliau berkata bekas pelajar dan pelajar juga boleh memberi sumbangan bagi memperbaiki kehidupan orang di keliling mereka.

Bercakap tentang bekas pelajar sekolah itu yang wajar diteladani seperti Puan Halimah, Pengetua TKGS, Cik Mary Seah, berkata mereka belajar bagaimana untuk memimpin tanpa pangkat mahupun kedudukan.

Mereka kini berbakti kepada masyarakat tanpa mengira pangkat atau kedudukan, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg