NORTH CAROLINA: Calon presiden Demokrat, Cik Kamala Harris, dan pesaingnya dari Parti Republikan, Encik Donald Trump, masing-masing semakin ligat berkempen dalam usaha memikat pengundi yang belum membuat keputusan dalam dua minggu sebelum pilihan raya.
Cik Harris, yang berkempen bersama bekas anggota parlimen Republikan, Cik Liz Cheney, cuba meyakinkan golongan wanita konservatif di kawasan Midwestern bahawa mantan Presiden Trump adalah ancaman...





