Perbicaraan Ketua Parti Pekerja (WP) yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, ditangguh pada 22 Oktober kerana peguamnya, Encik Andre Jumabhoy, sakit.
Selepas lebih sejam prosiding pada 22 Oktober tertangguh, seorang lagi peguam Encik Pritam, Encik Aristotle Emmanuel Eng Zhen Yang, memberitahu mahkamah bahawa Encik Jumabhoy tidak sihat dan telah menerima sijil cuti sakit yang menyatakan beliau tidak dapat hadir...





