Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berucap di majlis makan malam pengumpulan dana sempena ulang tahun ke-50 Persatuan Klinik Percuma Awam, yang diadakan di Hotel Orchard pada 27 Oktober.
SingapuraOct 28, 2024 | 12:44 PM

Ye Kung: TCM boleh main peranan dalam SG Lebih Sihat

Pengamal perubatan tradisional Cina (TCM) boleh bekerjasama dengan doktor mengamalkan perubatan Barat di bawah program SG Lebih Sihat yang bakal diperluaskan.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga sedang mencari jalan untuk “menggabungkan dengan berhati-hati” rawatan TCM tertentu ke dalam klinik dan hospital awam.

Penunjuk perasaan merempuh penghadang dipasang polis ketika mengadakan bantahan menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India, Encik Gyanesh Kumar.
DuniaOct 16, 2026 | 4:17 PM

Gelombang bantahan semakin sengit, Gen Z banjiri jalan raya di India

NEW DELHI: Meskipun puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan untuk menghalang mereka, penunjuk perasaan muda di India memanjat penghadang, melaungkan slogan anti pemerintah dan bergelut dengan polis yang cuba mengheret mereka keluar semasa tunjuk perasaan pada awal Oktober.

“Hidup revolusi!” jerit seorang pemuda sebelum polis menyerbu dan membawanya masuk ke dalam bas.

Siaran televisyen menunjukkan lokasi sebuah kemudahan penyimpanan minyak di Sanaa, Yaman, pada 13 Oktober.
DuniaOct 16, 2026 | 3:31 PM

PBB kecam serangan Houthi yang cetus ketegangan 

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bersama pada 15 Oktober yang mengecam serangan yang ‘meningkatkan ketegangan’ oleh pemberontak Houthi yang disokong Iran ke atas Arab Saudi, termasuk ‘serangan melulu’ ke atas lapangan terbang Riyadh.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi, telah diserang sebanyak 20 kali sejak awal Oktober.

Piala Asia, Arab Saudi, Singa
SukanOct 16, 2026 | 3:06 PM

Penganjuran Piala Asia AFC 2027 ‘ikut jadual’ meski ada serangan, kata penganjur Arab Saudi

RIYADH: Penganjur Arab Saudi berkata persiapan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan masih berjalan mengikut jadual, meskipun kebimbangan meningkat susulan serangan kumpulan Houthi ke atas negara itu.

Pegawai tertinggi bola sepak Asia berkata minggu ini bahawa kejohanan tersebut mungkin ditangguhkan ke 2028, namun menegaskan bahawa mereka “tidak perlu tergesa-gesa” membuat keputusan.

Tawaran bantuan daripada Singapura dan Malaysia dibuat ketika Indonesia bergelut dengan musim kebakaran paling teruk dalam tempoh lebih sedekad.
DuniaOct 16, 2026 | 2:50 PM

Indonesia sedia terima bantuan luar untuk tangani jerebu

JAKARTA: Indonesia akan menerima bantuan luar untuk memadamkan kebakaran hutan yang telah menyelubungi beberapa bahagian Asia Tenggara dengan jerebu, kata Menteri Luar, Encik Arrmanatha Nasir pada 15 Oktober.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa hari pegawai memberi isyarat yang tidak konsisten tentang tawaran bantuan daripada Malaysia dan Singapura.

(Dari kiri) Pengarah Muslim Delights, Encik Zulkifli Mohd Karim, Encik Zubair Hassan dan Cik Hafidah Daud mengetengahkan konsep katering perkahwinan yang menawarkan pilihan hidangan lebih pelbagai, melangkaui nasi beriani tradisional, termasuk sajian Nusantara dan ‘live station’ bagi memenuhi cita rasa pasangan muda.
Pilihan kaki makanOct 16, 2026 | 2:43 PM

Bukan sekadar beriani, Gen Z mahu menu kahwin lebih pelbagai

Nasi beriani, ayam masak merah dan nasi minyak mungkin masih menjadi hidangan utama dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu/Islam, namun cita rasa pasangan muda kini semakin berubah.

Daripada nasi kerabu, lempeng dan pasta, hinggalah kepada pelbagai pilihan pencuci mulut, pasangan muda khususnya daripada Generasi Z atau Gen Z kini mahukan pengalaman menjamu selera yang lebih interaktif dan mencerminkan cita rasa peribadi...

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video