GEORGETOWN (Pulau Pinang): Penemuan najis lipas di bawah kaunter pesanan dan dapur yang kotor menyebabkan sebuah kedai makan popular di Batu Feringghi, Pulau Pinang, diberi notis penutupan selama 14 hari.
Notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut selepas premis terbabit diperiksa dalam Op Deepavali pada 31 Oktober dan mendapati tahap kebersihan tidak memuaskan.





