Program tahunan Cinta Minda yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan mental terutama dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam akan dilanjutkan ke semua empat divisyen GRC Jalan Besar mulai 2025.
Demikian dikongsi oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, kepada Berita Harian (BH) semasa acara kedua program tersebut yang dihadiri lebih 280 penduduk pada 3 November di Kelab Masyarakat...





