Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program dorong kesejahteraan mental liputi seluruh GRC Jalan Besar mulai 2025

Nov 3, 2024 | 3:18 PM
(Dari kiri) Pengerusi M³@Jalan Besar, Encik Didicazli Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi MudaSG, Cik Sherlita Almeyra Sherhan; Encik Yuzaimi Zainal daripada Bapa Sepanjang Hayat; dan pengasas bersama bagi Ibu Sepanjang Hayat, Cik Rahayu Ahmad Asi, semasa perbincangan panel acara ‘Cinta Minda’ di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 3 November.
(Dari kiri) Pengerusi M³@Jalan Besar, Encik Didicazli Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi MudaSG, Cik Sherlita Almeyra Sherhan; Encik Yuzaimi Zainal daripada Bapa Sepanjang Hayat; dan pengasas bersama bagi Ibu Sepanjang Hayat, Cik Rahayu Ahmad Asi, semasa perbincangan panel acara ‘Cinta Minda’ di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 3 November. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
(Dari kiri) Penasihat kepada GRO GRC Jalan Besar, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How; Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, semasa acara ‘Cinta Minda’  di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 3 November.
(Dari kiri) Penasihat kepada GRO GRC Jalan Besar, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How; Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, semasa acara ‘Cinta Minda’ di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 3 November. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Program tahunan Cinta Minda yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan mental terutama dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam akan dilanjutkan ke semua empat divisyen GRC Jalan Besar mulai 2025.

Demikian dikongsi oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, kepada Berita Harian (BH) semasa acara kedua program tersebut yang dihadiri lebih 280 penduduk pada 3 November di Kelab Masyarakat (CC) Kolam Ayer.

Menurut Dr Wan Rizal, kejayaan acara itu menarik ramai penduduk untuk menghadirinya sejak 2023 adalah antara sebab di sebalik keputusan mengadakan acara serupa pada 2024, dan untuk meluaskannya kepada divisyen lain dalam GRC Jalan Besar.

Dr Wan Rizal menambah bahawa walaupun kesihatan mental merupakan isu yang berterusan, sokongan penduduk daripada acara sedemikian amat menggalakkan.

“Saya berharap mereka dapat memanfaatkan ilmu yang mereka timba ini.

“Ia adalah penting untuk mereka menjadi lebih peka tentang cabaran-cabaran dan isu tentang kesihatan mental daripada perspektif yang berbeza, yang termasuk daripada golongan muda, ibu, dan bapa di luar sana.”

Penasihat kepada pertubuhan akar umbi GRC Jalan Besar yang lain termasuk Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, turut menghadiri acara tersebut.

Acara itu turut memuatkan satu perbincangan panel yang berlangsung sekitar 50 minit mengenai topik Memahami Kesihatan Mental Melalui Perspektif Berbeza, dengan anggota panel terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi MudaSG, Cik Sherlita Almeyra Sherhan; Encik Yuzaimi Zainal yang merupakan jurulatih bengkel keibubapaan bersama Bapa Sepanjang Hayat; dan pengasas bersama bagi Ibu Sepanjang Hayat, Cik Rahayu Ahmad Asi.

Bagi Cik Rahayu, yang merupakan ibu kepada lima anak, beliau berkongsi bahawa mempunyai masa peribadi boleh menjadi sukar sebagai seorang ibu bapa.

Justeru adalah penting untuk mempunyai masa peribadi bagi mengurangkan tekanan demi kesihatan mental seseorang individu.

“Dengan adanya anak-anak, kami mempunyai masa yang sedikit untuk diri sendiri setibanya di rumah selepas pulang bekerja.

“Justeru, penting bagi kita mencari masa untuk diri sendiri, seberapa yang boleh, seperti apabila kita menaiki bas pulang dari tempat kerja,” ujar Cik Rahayu, yang juga seorang jurulatih keibubapaan bertauliah selama tiga tahun.

Bagi Cik Salmah Kasmin, 72 tahun, yang merupakan kali kedua beliau menghadiri program Cinta Minda, berkata acara ini banyak membantunya mempelajari lebih lanjut tentang kesihatan mental.

Cik Salmah Kasmin, 72 tahun (duduk), semasa acara ‘Cinta Minda’ pada 3 November di Kelab Masyarakat Kolam Ayer.
Cik Salmah Kasmin, 72 tahun (duduk), semasa acara ‘Cinta Minda’ pada 3 November di Kelab Masyarakat Kolam Ayer. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Cik Salmah, yang sudah menetap di kawasan Kolam Ayer selama 47 tahun, berkata pergaulan dengan jirannya daripada pelbagai kaum membantunya memastikan minda sentiasa aktif.

Tambahan pula, sokongan keluarga termasuk kunjungan anak serta cucunya membantu Cik Salmah kekal aktif dan menyumbangkan kepada kesejahteraan mentalnya.

Cinta Minda adalah peluang yang baik untuk bergaul dengan jiran-jiran saya, selain berkawan dengan jiran tetangga lain yang belum saya kenali dan belajar tentang pelbagai cara untuk menghadapi masalah kesihatan mental,” ujar Cik Salmah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg