Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd menitikberatkan keselesaan serta kesihatan jemaahnya dengan mengambil langkah penjagaan selaras dengan amalan sunah.
Penjagaan perubatan berasaskan sunah ini termasuk penggunaan rawatan semula jadi dan organik seperti perubatan ‘hijama’ (atau bekam), madu, minyak habbatus sauda, minyak zaitun dan garam laut, atau Celtic salt, untuk penghidratan.





