Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawar pilihan hotel baru di Makkah kepada jemaah haji

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Cik Tutek Alauyah Amir (kiri) bersama seorang lagi jemaah haji, amat teruja dengan semangat kekitaan yang kuat ketika menunaikan rukun Islam kelima pada 2024 bersama Hahnemann Travel & Tours.
Cik Tutek Alauyah Amir (kiri) bersama seorang lagi jemaah haji, amat teruja dengan semangat kekitaan yang kuat ketika menunaikan rukun Islam kelima pada 2024 bersama Hahnemann Travel & Tours. - Foto ihsan TUTEK ALAUYAH AMIR

Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd menitikberatkan keselesaan serta kesihatan jemaahnya dengan mengambil langkah penjagaan selaras dengan amalan sunah.

Penjagaan perubatan berasaskan sunah ini termasuk penggunaan rawatan semula jadi dan organik seperti perubatan ‘hijama’ (atau bekam), madu, minyak habbatus sauda, minyak zaitun dan garam laut, atau Celtic salt, untuk penghidratan.

Menurut mutawif di Hahnemann Travel, Ustaz Muhammad Ahmad:

“Hanya melalui hijama, toksin dan darah jahat atau yang kotor boleh disingkirkan dan merangsang jantung agar mengepam keluar sel darah merah baru yang sihat, yang akan tersalur ke semua organ penting kita, menjadikan badan kita berfungsi dengan lebih cekap dan menjadi lebih sihat.”

Ustaz Muhammad juga menambah, minyak habbatus sauda terutama yang organik, ditekan sejuk (cold-pressed) dan mengandungi fitokimia, thymoquinone (TMQ) asli yang dipercayai baik untuk kesihatan dan menjadi pilihan ramai.

“Ia mampu mengurangkan keradangan di tubuh, menggalak penurunan berat badan, serta meningkatkan kesihatan metabolik.

“Mereka yang menggemari makanan bergoreng, ini adalah penyelesaian kepada kesihatan yang lebih baik,” jelas Ustaz Muhammad.

Garam laut Celtic pula mempunyai elektrolit yang tinggi. Ia meningkatkan penghidratan, khasnya untuk jemaah haji.

“Elektrolit membantu mengawal degupan jantung dan kawalan otot. Garam laut Celtic mempunyai 60 lebih mineral yang diperlukan oleh badan,” tambah beliau.

Hahnemann Travel menawarkan pakej yang disesuaikan mengikut kumpulan tertentu seperti golongan warga emas. Ia termasuk menawarkan khidmat kerusi roda dan bantuan tambahan yang diperlukan.

Salah seorang anggota jemaah Hahnemann Travel, Cik Nur Rafiqah Ramlee, 40 tahun, mendapatkan khidmat umrah dan haji daripada Hahnemann Travel untuk tiga generasi keluarganya – daripada datuk nenek, ibu ayah serta dirinya sendiri.

“Mereka sentiasa komited dalam memastikan kebajikan jemaah haji terjaga dan mereka mempunyai rasa amanah yang tinggi.”

Bagi Cik Tutek Alauyah Amir, 64 tahun, pula, beliau turut mempunyai pengalaman positif bersama Hahnemann Travel ketika menunaikan haji pada 2024.

“Perkhidmatan yang sempurna dan inklusif. Pasukan haji Hahnemann Travel menjaga kami dengan sangat baik dari segi mental, fizikal dan kerohanian.

“Mereka juga memenuhi permintaan kami dengan segera. Perjalanan bersama mereka sangat berkesan dan indah. Terdapat semangat kekitaan yang kuat dan tiada sesiapa yang ketinggalan,” jelas Cik Tutek.

Hahnemann Travel mempunyai 41 tahun pengalaman menawarkan pakej haji yang menarik.

Antaranya pakej ‘Sheraton Rawdah Royal Inn’ dengan jemaah akan menginap di hotel di Makkah dahulu sebelum ke Shisha dengan harga yang dimampui.

Bagi pakej ‘Jumeirah Oberoi’ dan pakej ‘Jumeirah Dar Al Taqwa’ pula, jemaah akan menginap di hotel terbaru di Makkah dan antara keistimewaannya, mereka akan disajikan dengan makanan menyelerakan di restoran Jumeirah.

Untuk semua pakej, hotel yang disediakan berdekatan dengan masjid dan jemaah juga akan menaiki kereta api laju dan diterbangkan melalui Saudi Airlines.

Untuk pertanyaan lanjut

* Sila hubungi talian 6749-1131 atau WhatsApp ke talian 9775-2605 . Layari laman web, www.HahnemannTravel.com.sg

* Kunjungi pejabat Hahnemann Travel di Paya Lebar Square, #12-42 (bersebelahan stesen MRT Paya Lebar; EW8).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg