Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok telah menjadi tuan rumah untuk acara tahunan Hari Keluarga Daerah Barat, atau ‘District West Family Day’, yang berlangsung pada 26 hingga 27 Oktober 2024. Acara ini melibatkan penyertaan sebanyak 16 masjid di daerah barat Singapura dengan matlamat mengeratkan ikatan kekeluargaan serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohd Ali...





