Balu kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Taman Pantai Changi pada 5 November merayu agar telefon bimbit suaminya yang hilang sewaktu kejadian, dikembalikan supaya urusan mereka dapat dilaksanakan segera.
Allahyarham Encik Muhammad Isma Azwa Md Salleh, 33 tahun, ialah warga Malaysia yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, di mana beliau bekerja sebagai Hydrographic Surveyor dengan syarikat Boskalis International...





