Sekitar 4,500 pekerja akan menerima kenaikan gaji purata sebanyak 5 peratus melebihi kadar kenaikan tahunan biasa mereka, melalui skim geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) di bawah kelolaan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Kumpulan pekerja itu adalah sebahagian daripada 6,000 kakitangan – termasuk karyawan, pengurus, eksekutif dan kakitangan sokongan – di sekitar 260 syarikat yang menerima geran CTC, dan berpeluang menikmati...





