Penting bagi Singapura mengekalkan pendirian tidak bertolak ansur atau ‘toleransi sifar’ terhadap dadah, di kala Singapura terletak di rantau dengan kegunaan dan ketersediaan dadah berleluasa, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Pendirian tidak bertolak ansur itu lebih-lebih lagi diperlukan terhadap pengedar dadah di sini kerana sekiranya aliran dadah ke Singapura menerusi pengedar sedemikian tidak disekat sama...





