Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong telah bertemu dengan Ratu Maxima dari Belanda, di Istana, pada petang 7 November.
Dalam catatan Facebook beliau, Encik Wong berkata Ratu Maxima akan berucap di festival FinTech Singapura, dalam peranannya sebagai Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesihatan Kewangan.





