Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong telah bertemu dengan Ratu Maxima dari Belanda, di Istana, pada petang 7 November.
Dalam catatan Facebook beliau, Encik Wong berkata Ratu Maxima akan berucap di festival FinTech Singapura, dalam peranannya sebagai Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesihatan Kewangan.
“Kami telah mengadakan pertukaran idea yang baik tentang bagaimana pemerintah boleh bekerjasama dengan sektor privet bagi memperbaiki kesihatan kewangan rakyat, dan celik kewangan.
“Saya ucapkan semoga Ratu Maxima satu lawatan yang membuahkan hasil,” kata Encik Wong.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg