M Kuasa Tiga (M³) telah membina asas yang kukuh bagi sebuah masyarakat gemilang sepanjang lima tahun lalu, dengan mencatatkan banyak pencapaian yang membanggakan menerusi program dan daya usahanya mempertingkat masyarakat Melayu/Islam di Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Berucap di Forum M Kuasa Tiga (M³) pada 10 November, Encik Wong berkata penggemblengan tenaga tiga institusi utama – Majlis Ugama...





