Singapura akan memperuntukkan AS$500 juta ($669 juta) juta sebagai modal konsesi untuk menyokong daya usaha pembiayaan bersepadu yang dilancarkan oleh bank pusat pada 2023, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 12 November.
Menurut laporan The Business Times, pemerintah akan memadankan sedolar bagi setiap dolar – sehingga AS$500 juta – daripada modal konsesi yang dikumpul rakan-rakan kongsi lain...





