TURIN (Italy): Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, menunjukkan prestasi cemerlang di penghujung setiap set bagi menewaskan Taylor Fritz 6-4, 6-4 pada 12 November, sekaligus semakin hampir melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP).
Pada September, Sinner berjaya menewaskan Fritz di perlawanan akhir Terbuka AS dalam dua set berturut-turut, meskipun berhadapan sokongan padu penonton...





