KUALA LUMPUR: Seorang ibu muda dan rakannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 November selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki.
Wanita berusia 20 tahun itu dan rakannya Adibah Mohd Zaini, 35 tahun, didakwa melakukan penganiayaan terhadap mangsa dengan cara memasukkan mangsa ke dalam sangkar kucing pada 10 Februari...





