Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kurung anak dalam sangkar, ibu dan rakan dipenjara 3 tahun

Nov 13, 2024 | 2:09 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ibu muda dan rakannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 November selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki.

Wanita berusia 20 tahun itu dan rakannya Adibah Mohd Zaini, 35 tahun, didakwa melakukan penganiayaan terhadap mangsa dengan cara memasukkan mangsa ke dalam sangkar kucing pada 10 Februari 2024 di Residensi Desamas, Taman Danau Desa di sini ketika kanak-kanak lelaki itu berusia tiga tahun enam bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 ($15,021) atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman berbentuk pemenjaraan dikenakan sebagai pengajaran atas alasan tahap serius perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa.

“Saya memohon mahkamah ini mempertimbangkan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan dan mengambil kira fakta tertuduh adalah ibu kandung mangsa di mana rasa tanggungjawab untuk memelihara kanak-kanak itu daripada bahaya gagal dilaksanakan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Ketika rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengakui sudah menginsafi kesalahan dan menyesal dengan perbuatan mereka.

Adibah merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan berbentuk denda terhadapnya atas alasan dia mempunyai dua orang anak berusia 11 tahun dan satu tahun.

“Hanya suami saya yang bekerja, anak sulung saya masih bersekolah tidak ada sesiapa menjaganya di rumah dan anak saya yang berusia satu tahun kini dijaga oleh ibu saya yang tidak berapa sihat,” rayunya.

Sementara itu tertuduh kedua yang juga ibu kandung mangsa merayu hukuman ringan dikenakan tanpa memberikan apa-apa alasan.

Hakim Siti Shakirah Datuk Wira Mohtarudin memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga tahun bermula 13 November.

“Kedua-dua tertuduh juga dikenakan hukuman tambahan iaitu bon berkelakuan baik selama lima tahun dan jamin RM10,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin selain mereka diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg