Perjuangan Singapura pada tahun-tahun awalnya menentang penjajahan, komunisme dan komunalisme merupakan “faktor penting” yang telah membawa negara kecil ini kepada apa yang telah dibangunkan sekarang, kata Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong.
Daripada memerangi penjajah untuk hak pemerintahan sendiri; menangkis ancaman komunis dan kemudian terpaksa melawan desakan politik yang berasaskan kaum – Encik Lee berkata “sejarah penting” dan keadaan ini...





