PARIS: Sebahagian penyokong pasukan Perancis mencemuh lagu kebangsaan Israel dan berlaku pergaduhan kecil di stadium Stade de France pada satu perlawanan Liga Negara-Negara yang dibayangi pergolakan di Gaza pada 14 November.
Bagi mengelakkan berulangnya keganasan yang berlaku di Amsterdam minggu lalu semasa perlawanan Liga Europa melibatkan Maccabi Tel Aviv , 4,000 anggota keselamatan Perancis dikerahkan di dalam dan sekitar stadium...





