KUALA LUMPUR: Pintu masuk rasmi ke Malaysia ada 141, tetapi yang paling sibuk adalah melalui jalan darat di Tambak Johor dan laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiga perempat daripada kemasukan warga asing ke Malaysia adalah melalui dua pintu masuk utama itu, dengan sejumlah 117.9 juta masuk melalui...





