PUTATAN (Sabah): Ternyata malang tidak berbau apabila seorang ibu maut, manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di landasan kereta api dekat Kampung Petagas, Putatan, Sabah, pada 19 November.
Dalam kejadian sekitar 1.30 tengah hari itu, mangsa – Allahyarham Lena Gabin, 41 tahun – meninggal dunia akibat dirempuh kereta api yang bergerak dari Stesen Putatan...





