MUNICH: Bayern Munich meningkatkan harapan untuk menduduki tempat lapan teratas dalam fasa liga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG), yang masih gagal mencatat kemenangan dalam Liga Juara-Juara sejak September.
Pemain pertahanan, Kim Min-jae, menjaringkan gol tunggal tujuh minit sebelum separuh masa, menanduk masuk bola dari jarak dekat selepas penjaga gol PSG, Matvey Safonov, gagal menghalang sepakan...





