Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayern Munich menang tipis ke atas PSG

Nov 27, 2024 | 4:09 PM
Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany (tiga dari kiri), meraikan kemenangan bersama pasukannya selepas menewaskan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara pada 26 November.
Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany (tiga dari kiri), meraikan kemenangan bersama pasukannya selepas menewaskan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara pada 26 November. - Foto EPA-EFE

MUNICH: Bayern Munich meningkatkan harapan untuk menduduki tempat lapan teratas dalam fasa liga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG), yang masih gagal mencatat kemenangan dalam Liga Juara-Juara sejak September.

Pemain pertahanan, Kim Min-jae, menjaringkan gol tunggal tujuh minit sebelum separuh masa, menanduk masuk bola dari jarak dekat selepas penjaga gol PSG, Matvey Safonov, gagal menghalang sepakan sudut Joshua Kimmich.

Ousmane Dembele, yang telah menerima kad kuning kerana membantah keputusan pengadil, Istvan Kovacs, pada separuh masa pertama, dilayangkan kad merah selepas memintas Alphonso Davies secara kasar pada separuh masa kedua.

Safonov berjaya menepis percubaan Jamal Musiala yang hampir menghasilkan gol ketika Bayern berusaha menambah jaringan.

Namun tandukan Kim sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat juara enam kali itu.

Ia adalah kemenangan yang memberangsangkan buat pasukan pimpinan, Vincent Kompany, yang mendominasi penguasaan bola di Allianz Arena dan kelihatan mula menemui semula momentum selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Aston Villa dan Barcelona.

Menurut laporan BBC, Bayern memulakan perlawanan dengan cemerlang dan Musiala hampir membuka jaringan seawal minit ketujuh.

Namun percubaannya mudah ditangkap Safonov selepas menerima hantaran tinggi Kimmich ke dalam kotak penalti.

Warren Zaire-Emery sepatutnya melakukan lebih baik daripada hantaran balik Fabian Ruiz.

Dembele pula memaksa Manuel Neuer bertindak cemerlang menyelamatkan gol pada separuh masa pertama.

Namun, PSG sekali lagi mensia-siakan peluang jaringan.

Harry Kane, pemain terpantas yang mencapai 50 gol Bundesliga dengan hatriknya menentang Augsburg pada 23 November, kini telah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Kapten England tersebut menghadapi separuh masa pertama yang mengecewakan di Munich, tanpa sebarang percubaan untuk menjaringkan gol dalam kotak penalti PSG.

Namun, beliau hampir membantu Kingsley Coman untuk gol kedua Bayern pada pertengahan separuh masa kedua, tetapi rembatan pemain sayap Perancis itu tinggi melepasi palang.

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian terlepas peluang menambah gol dengan percubaannya disekat oleh Willian Pacho, selepas gagal menambah jumlah lima gol beliau pada Liga Juara-Juara musim ini.

Namun begitu, Bayern mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua perlawanan tanpa dibolosi – pencapaian pertama mereka sejak September 2011 di bawah Jupp Heynckes. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg