Pemerintah akan memberi rebat cukai hartanah sekali sahaja kepada semua rumah yang didiami pemiliknya pada 2025, sebagai langkah membantu mengurangkan keprihatinan kos sara hidup pemilik rumah.
Flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami pemilik akan mendapat rebat 20 peratus, manakala hartanah kediaman privet yang didiami pemilik akan mendapat rebat 15 peratus tetapi dihadkan pada $1,000, kata Kementerian Kewangan (MOF)...





